Masalah Sembelit

Sembelit berlaku bila :

* anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras
* anda jarang membuang air besar

Ramai orang keliru bila dikatakan jarang membuang air besar. Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.

Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit (symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).

Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.

Sebab-sebab berlakunya sembelit

* kurang fibre tetapi lebih makanan berlemak dan gula

* kurang minum air

* selalu menahan diri daripada membuang air besar

* kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan

* sebab-sebab emosional seperti tekanan perasaan

* berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung – hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan berlakunya sembelit. Di samping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit

* penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism)

* ubat-ubatan seperti ubat narcotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium

* makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement)

* irritable bowel syndrome / spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini juga mengalami cirit-birit)

* penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax)

* penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah)

* untuk bayi – terdapat susu formula yang agak kuat. Ini menyebabkan berlakunya sembelit

* untuk orang tua – oto-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Di samping itu, orang tua juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman

Apa yang boleh anda lakukan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti sebab-sebab berlakunya sembelit. Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah :

* minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ambil air lemon suam sebelum makan

* makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb), sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan

* kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats).

* tukar gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan menyebabkan pergerakan otot-otot usus anda

* Ambil ubat :

o Stimulant laxative seperti senna dan bisacodyl (Dulcolax). Pengambilannya tidak boleh diamalkan (sila lihat di atas). Ada ubat ini jenis yang dimakan dan ada juga yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil suppository)

o Bulk fibre / osmotic laxative. Fiber atau serat akan menarik air ke dalam usus dan melembutkan najis anda. Penggunaan yang banyak adalah tidak digalakkan sekiranya anda mengalami sakit jantung atau sakit buah pinggang

o Pelincir glycerine seperti enema yang dimasukkan ke dalam dubur. Ia memudahkan pembuangan air besar

o Penggunaan mineral oil telah banyak berkurangan sekarang ini kerana kesan-kesan sampingannya

* ambil vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg

* ambil mineral magnesium

* ambil bawang putih

* ambil acidophilus dan bakteria baik lain sebelum makan (bakteria baik – probiotik- yang banyak terdapat di dalam yogurt atau persediaan kapsul yang dijual di farmasi)

* antara herba yang digunakan selain daripada senna (lihat di atas) ialah cascara sagrada, sliperry elm, marshmellow dan peppermint

Untuk mereka yang mengandung, jangan ambil ubat-ubatan termasuk ubat herba. Ada ubat-ubat herba ini menyebabkan kontraksi (contraction).

Minyak Kelapa Dara untuk ulser dan sembelit

minyak kelapa dara biovco sembelit Sebahagian dari ulser selalunya disebabkan oleh virus Herpes simplex type 2. Ia akan menyerang apabila keadaan immuniti sesaorang itu rendah seperti ketika sakit, demam, selsema, kencng manis, ketika datang haid, stress dan sebagainya, sementara sembelit pula adalah disebabkan oleh kekurangan air, kurang serat, tindak balas ubat/bahan kimia, sikap membuang air yang tidak betul, kanser usus, selepas pembedahan atau mengandung.

Pada umumnya dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara akan meredakan sakit, disamping dapat mengurangkan radang dan munyurutkan bengkak bagi pengidap ulser. Kandungan lauric asid dan capric asid (yang bersifat antimikrobial) yang tinggi dalam Minyak Kelapa Dara membantu meningkatkan daya tahan disamping bertindak sebagai antibiotik yang baik dalam tubuh.

Bagi pengidap sembelit, Minyak Kelapa Dara boleh melawaskan di samping membantu merawat luka dalaman seperti buasir.

Testimoni minyak kelapa dara sembelit



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2