6 tip mengawal masalah ekzema


Twitter Facebook Instagram LinkedIn Flickr YouTube RSS Feed Gmail Google Plus Whatsapp Whatsapp

Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca alahan. Ini menyebakan kulit rasa gatal-gatal dan pedih. Bagi mengatasi atau mengurangkan iritasi kulit dan rasa gatal, disini saya kongsikan tips penjagaan kulit eczema:
 
1. Hadkan penggunaan isi rumah
 
Elakkan penggunaan produk seperti pembersih detergen, sabun basuh pinggan mangkuk, losyen lepas bercukur dan lain-lain lagi. Produk-produk ini akan menambah iritasi kulit.
 
2. Pakai sarung tangan
 
Sarung tangan plastik dapat mengelakkan daripada terdedah secara langsung penyebab iritasi. Elakkan sarung tangan bergetah kera dikhuatiri tangan akan berpeluh.
 
3. Elakkan penggunaan air panas ketika mandi
 
Menggunakan air panas ketika mandi akan menyebabkan kulit cepat kering dan pedih. Anda digalakkan untuk berendam di dalam tab mandian sekurang-kurangnya 30 min untuk menyerap lembapan. Ini kerana lapisan luar kulit dapat menyerap air dan mengelakkan kekeringan.
 
4. Penggunaan losen pelembap.
 
Penggunaan pelembap dapat mengurangkan iritasi kulit dan menjadikan kulit semakin lembut. Elakkan pelembap yang mempunyai pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Minyak Kelapa Dara BioVCO sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kanak-kanak yang mempunyai kulit bermasalah. Ini kerana memiliki sifat anti keradangan yang boleh mengekalkan kelembapan kulit.
 
5. Elakkan menggaru
 
Elakkan daripada menggaru di kawasan terdedah walaupun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Bagi bayi boleh menggunakan sarung tangan bagi mengelakkan bayi menggaru.
 
6. Berpeluh
 
Elakkan aktiviti berpeluh secara berlebihan dan membuatkan anda berasa panas. Kepanasan melampau akan menyebabkan kegatalan pada kulit



Elak Sebelum Kena Rawat Sebelum Terlambat
8



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT


tracker