Cara Hidup Sihat Tanpa Stres

Sihat Tanpa Stress, Stres akan mengakibatkan gangguan emosi, masalah tingkah laku, perubahan personaliti. BioVCO Bertenang boleh membantu individu dalam mencegah penyakit seperti tekanan yang mengakibatkan gastrik, meningkatkan kesihatan mental dan tahap tenaga.

Selebriti kesihatan dan duta rasmi program Living Everyday Actively & Progressively (LEAP), Jojo Struys, berkata kunci gaya hidup sihat bukan sekadar senaman dan diet seimbang semata- mata, tetapi juga kesihatan mental yang baik.

“Gaya hidup yang sibuk mendedahkan individu kepada keadaan kesihatan yang membahayakan serta memburukkan lagi penyakit dihidapi. Menjauhi stres penting untuk merehatkan tubuh, minda dan jantung,” katanya.

Menurutnya, bernafas dengan cara betul baik untuk kesihatan kerana dapat melapangkan dan menenangkan minda, mengurangkan kebimbangan, membebaskan endorfin (ubat tahan sakit semula jadi tubuh), merehatkan otot, meningkatkan oksigen dan aliran darah, menyingkirkan toksik dan mengukuhkan sistem pertahanan badan.

“Berhenti berfikir cara negatif. Dengan bernafas cara betul, hidung anda mempunyai hubungan dengan otak dan sistem saraf.

“Bernafas menerusi lubang hidung kiri akan membolehkan anda mengakses rasa pada hemisfera otak kanan seperti kreatif, imaginatif dan perasaan.

“Bernafas menerusi lubang hidung kanan membolehkan anda mengakses rasa pada hemisfera otak kiri seperti logikal, objektif dan analitikal, manakala bernafas menerusi kedua-dua lubang hidung boleh mengaktifkan dan mengakses keseluruhan otak,” katanya.

Jojo berkata, cara bernafas yang betul dapat mengalirkan oksigen yang seimbang kepada kedua-dua bahagian otak, sekali gus meningkatkan fungsinya.

Ia juga dapat membersihkan paru-paru kerana kira-kira 70 peratus (%) bahan buangan daripada tubuh kita dihapuskan melalui paru-paru.

“Pernafasan yang betul dapat membaiki tidur. Jika anda tidak dapat tidur pada waktu malam, baring dengan mengiring ke sebelah kanan, tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan dan bernafas menerusi lubang hidung kiri.

“Ia akan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik, yang membuatkan anda tenang dan memperlahankan degup jantung. Selain itu, bernafas dengan betul dapat meningkatkan tenaga ke tubuh dan mencegah kelesuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Mengurangkan Ketegangan untuk Kesihatan dan Kesejahteraan’ di Damansara, baru-baru ini.

Sementara itu, Perunding Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Gan Ing Earn berkata, stres ialah perkara normal dalam kehidupan dan ia memberi kesan berbeza kepada setiap individu. Kegagalan menangani stres boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Menurutnya, setiap individu perlu berusaha menangani stres kerana stres yang keterlaluan boleh memburukkan lagi masalah sakit perut dan meningkatkan pengeluaran asid yang mengakibatkan pedih ulu hati dan refluks asid.

Berdasarkan pengalamannya 20 tahun lalu, Dr Gan berkata, setiap kali rasa tertekan, dia menjadi tidak tentu hala dan masalah paling kerap dihadapi ialah gastrik.

Katanya, sakit perut dialami sungguh menyeksakan, perutnya rasa seperti disiat-siat dan dihiris-hiris. Setiap kali stres, dia mengalami gastrik, malah jika tersilap makan pun dia diserang gastrik.

“Stres atau tekanan ada kaitan dengan gastrik. Tekanan yang berlarutan menyebabkan perubahan pada imbangan hormon dalam tubuh, sekali gus mendorong masalah gastrik,” katanya.

Menurut Dr Gan, dia menjalani pemeriksaan endoskopi bagi mengetahui sebab teruk diserang gastrik. Bagi mengatasi masalah yang mengganggu hidupnya, penuntut jurusan perubatan itu mencuba pelbagai ubat gastrik, mengambil makanan mengikut waktu makan serta mencuba kaedah perubatan homeopati.

Dr Gan turut berdepan reaksi alahan teruk, sindrom Steven Johnson, yang menyebabkan masalah kulit. Bagi mengatasi masalah dihadapi, dia cuba bertenang dan mengelak terlalu tertekan ketika menghadapi pembelajaran.

Gastritis atau gastrik ialah radang pada mukosa dan submukosa perut yang menyebabkan rasa sakit. Gastrik boleh berpunca daripada jangkitan bakteria Helicobacter pylori, pengambilan ubat tahan sakit, steroid, pengambilan ubat tradisional, merokok dan tekanan.

Kesan utama stres yang melampau pada fisiologi usus ialah: l perubahan dalam pergerakan gastrousus l perubahan dalam rembesan gastrousus l peningkatan dalam ketelapan usus l kesan negatif pada kapasiti regeneratif mukosa gastousus dan alliran darah mukosa l memberi kesan negatif pada mikrobiota usus Dr Gan berkata, stres boleh menyebabkan gangguan pada otak, sistem saraf enterik (berkaitan usus), pergerakan rembesen aliran darah, pertambahan asid dalam perut dan mikrobiota usus.

Katanya, stres juga boleh mengakibatkan ulser peptik, penyakit radang usus, alahan makanan dan gangguan gastrousus.

Baca Lebih Banyak Info Kesihatan Disini

cara cuci buah pinggang BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2