Bahaya Penyakit Resdung

Resdung adalah jangkitan atau radang yang berlaku pada lapisan membrane pada rongga sinus. Resdung boleh berlaku kepada semua lapisan umur. BioVCO Penyakit Resdung ialah penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus (dinding sinus). Sinus ini adalah rongga dalam bahagian muka anda yang mengandungi udara.Permukaan sinus ini diselaputi kulit yang mengeluarkan mukus atau pun hingus.

Resdung terjadi akibat daripada alahan kepada habuk,makanan,asap,jangkitan pepijat,hama atau kutu.

Sekiranya dibiarkan atau pun tidak dirawat dengan sewajarnya,radang pada ruang sinus akan merebak sehingga ke seluruh bahagian kepala pesakit. Ia menyebabkan radang pada tulang tengkorak yang dipanggil osteomyelitis .

Radang ini akan merebak ke bahagian mata yang mengakibatkan kelopak mata sakit dan membengkak.Pandangan akan menjadi kabur dan boleh menjadi buta sekiranya sampai pada tahap kronik.Radang ini juga boleh merebak ke selaput otak yang mengakibatkan meningitis.Sekiranya resdung dibiarkan,ia juga boleh membawa maut.

Antara punca resdung yang telah dikenalpasti adalah:

Jangkitan kuman dan virus yang berulangkali pada rongga hidung,menyebabkan seseorang itu mendapat demam dan selsema

Struktur tulang hidung yang abnormal seperti patah akibat kemalangan dan sebagainya juga salah satu faktor.Ini disebabkan kawasan rongga yang tersumbat dan dijangkiti kuman.sesiapa yang mempunyai struktur hidung yang sengat atau dipanggil deviated nasal septum juga berisiko tinggi mendapat resdung.

Kuman atau pun bakteria daripada gigi atas yang rosak ataupun sakit akan merebak ke kawasan rongga sinus.

Tabiat menyelam ke dalam sungai yang kotor atau laut yang tercemar.

Tabiat mencabut bulu hidung juga perlu dielakkan keran bulu hidung bertindak sebagai penapis kepada habuk atau benda asing yang terdapat dalam udara.

Simptom-simptom penyakit resdung :

Hidung tersumbat dan kerap bersin.
hidung kerap berhingus terutamanya apabila makan benda pedas.
hidung kerap berdarah dan bernanah.
rambut gugur dan kelemumur.
sakit kepala.
jerawat pada belakang badan.
muka terasa gatal seperti ada benda merayap dan jerawat bernanah pada muka.

Petua untuk mengurangkan gejala atau pun mencegah redung ini adalah cuba kurangkan habuk dirumah anda,antaranya dengan mengamalkan kebersihan di rumah seperti mengelap lantai rumah kerap menjemur permaidani,tilam dan bantal,membesih permaidani dengan pembersih hampagas.

Jangan memelihara binatang berbulu di rumah seperti kucing,arnab dan lain-lain. Sentiasa menukar cadar dan sarung bantal sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Kaedah rawatan untuk penyakit resdung atau sinusitis ini ialah rawatan endoskopi dengan memasukkan tiub kecil kedalam rongga sinus, setelah kawasan tersebut dikesan punca berlakunya resdung, kawasan itu akan dibersihkan dengan menyedut keluar kawasan jangkitan, biasanya benda yang disedut itu adalah hingus pekat atau kotoran yang kita sedut sendiri seperti habuk yang terdapat dalam udara.

Ia melekat pada membran sinus. Sekiranya serius pembedahan kecil juga perlu dilakukan untuk membuang kawasan yang terkena jangkitan.

Risiko Disebabkan Jangkitan Resdung


cara cuci buah pinggang BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2