Anda Akan Mengalami Sembelit Jika Membiarkan Gejala Ini

Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar. Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Tanda dan Gejala Sembelit

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:

* Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
* Perut kembung, kejang atau sakit.
* Kurang selera makan.
* Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
* Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab Berlakunya Sembelit

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

# Kurang serat dalam diet.
# Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
# Pengubatan.
# Susu.
# Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable bowel syndrome.
# Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
# Penyalahgunaan julap.
# Menahan untuk membuang air besar.
# Kekurangan air.
# Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
# Masalah dengan kolon dan rektum.
# Masalah dengan fungsi usus. sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Komplikasi Sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar.

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan Sembelit

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

# Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
# Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
# Anda dalam kesakitan.
# Anda mendapati najis anda berdarah.

Pencegahan

Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:

# Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
# Minum banyak air.
# Lakukan senaman secara berkala.
# Jangan menahan untuk membuang air besar.
# Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
# Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

Bagaimana BioVCO Membantu Masalah Sembelit

Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar. Sembelit adalah keadaan biasa yang sering dialami oleh mereka yang semakin berusia. Banyak sebab mengapa berlakunya sembelit, salah satu ialah kerana diet yang tidak seimbang. Pengambilan makanan yang kurang kandungan fiber, makanan siap diroses, daging, kurang memakan buah-buahan, sayuran dan air.

Perubahan gaya hidup, penuaan, ketidakseimbangan hormon semasa kehamilan, penyalahgunaan ubat dan sindrom kerengsaan usus besar juga dianggap penyebab sembelit. Kerana rawatan sembelit yang berbagai, ramai yang merasa keliru apakah ubat yang sesuai bagi mereka.

Bagaimana BioVCO dapat membantu masalah sembelit?

BioVCO mampu membantu masalah sembelit adalah kerana ia berserat dan dapat membersihkan usus besar dengan berkesan. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dimana ia membantu sistem pencernaan memproses makanan lebih cekap dan berkesan yang boleh menyebabkan gerakan usus dan penurunan berat badan.

BioVCO juga merupakan, anti-bakteria anti-kulat, dan agen anti-virus. Asid lemak yang ditemui dalam BioVCO mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu sistem imun tubuh untuk melawan berbagai bakteria, penyakit dan jangkitan lain.

Apa yang menentukan BioVCO berbeza dari minyak jenis lain ialah kerana ia tidak berubah menjadi lemak didalam tubuh. Ia selamat dan dapat menurunkan tahap kolesterol.

testimoni sembelit minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni sembelit minyak kelapa dara - BioVCO

Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2