<?php echo $tajuk; ?>


Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher



thyroid, tiroid dan minyak kelapa dara APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus. Namun, tidak semua pesakit tiroid menonjolkan ciri-ciri bengkak di leher.

Bagaimanapun, paling ketara, pesakit tiroid selalunya mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.

Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?

Perunding Perubatan dan Endokrinologis (diabetologis) di sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr Sharifah Sakinah Syed Othman al-Yahya, berkata ada pelbagai jenis tiroid.

Beliau berkata, hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Katanya, tiroid nodul dan hipotirodisme kongenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis atau menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.

Beliau berkata, tiroid ialah kelenjar endokrin dan ia mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan triodotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea dan saluran makan.

"Hormon tiroid berfungsi mengawal kadar metabolisme badan. Kanak-kanak yang sedang membesar, tiroid mengawal pembesaran mereka dan berinteraksi dengan hormon lain dalam badan", katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Apakah hipertiroid?


Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.

Apakah keadaan yang boleh menyebabkan hipertiroidism?


Penyakit Graves Graves ialah nama orang yang pertama menemui penyakit ini. Ia disebabkan faktor keturunan. Badan pesakit yang mengalami hipertirodism selalunya akan mengeluarkan antibodi, yang kemudiannya akan merangsang kelenjar tiroid untuk menjadi aktif.

Penyakit multi nodular goiter.


Keadaan yang mana wujud banyak nodul pada tiroid dan ia boleh berfungsi sama ada secara aktif, normal atau tidak aktif langsung.

Adenoma toksik.

>
Wujud satu nodul saja pada tiroid tetapi nodul itu aktif dan mengeluarkan hormon berlebihan.

Apakah simptom hipertiroid?


Selera makan semakin bertambah.
Berat badan mula menurun.
Kerap membuang air besar.
Mudah marah.
Menggeletar jari tangan.
Berdebar-debar.
Terasa panas.
Sering berpeluh.
Mata terjojol.
Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan.
Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis.
Lumpuh kaki, terutama di kalangan lelaki.

Rawatan untuk hipertiroid ialah melalui pengambilan ubat-ubatan. Ada juga pesakit yang diberikan radioaktif iodin, terutama bagi kes multi nodular goiter dan adenoma toksik tetapi amat jarang yang perlu menjalani pembedahan. Bagaimanapun, jika tiroid menimbulkan masalah kepada saluran makan dan pernafasan dan atas permintaan pesakit bagi tujuan kosmetik.

Apakah hipotiroid?


Dr Sharifah Sakinah berkata, hipotiroid pula disebabkan oleh Hashimoto Disease, iaitu penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani sesuatu pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Beliau berkata, hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan secukupnya.

Apakah simptom hipotiroid?


Pesakit akan menjadi gemuk.
Badan mereka sering terasa sejuk.
Malas.
Kuat tidur.
Lembap.
Ingatan terganggu.
Kaki membengkak

Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera

Pesakit yang mengalami hipotiroid senang dirawat tetapi mereka terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup. Hormon ini selamat dan tiada kesan sampingan.

Apakah tiroid nodul?


Dr Sharifah Sakinah berkata, tiroid nodul pula adalah pembengkakan tiroid dalam bentul nodul. Sembilan puluh lima peratus daripada kes tiroid nodul ialah jenis benigna manakala lima peratus lagi berbentuk kanser.

Lazimnya, pesakit tidak perlu dibedah dan doktor akan hanya melakukan pemeriksaan ultra bunyi dan kaedah fine needle aspiration. Melalui kaedah itu, doktor akan mengambil sel daripada nodul untuk menentukan sama ada ia jenis benigna atau malignan.

Jika sel itu adalah jenis benigna, pesakit tidak perlu dibedah tetapi terpaksa menjalani pemeriksaan susulan. Sekiranya sel itu jenis kanser, pesakit perlu dibedah dan menjalani rawatan radioaktif iodin selepas pembedahan.

Apakah hipotiroidisme kongenital?

Keadaan ini berlaku di kalangan bayi berikutan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di negara Barat, bayi yang mengalami masalah ini selalunya dapat dikenal pasti sejurus dilahirkan kerana negara terbabit menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.

Bagaimanapun, kemudahan seumpama itu belum diperkenalkan di Malaysia dan ini menyulitkan doktor untuk mengesan bayi yang mengalami masalah tiroid tidak berfungsi.

Lazimnya, bayi yang mengalami masalah pada tiroid menunjukkan tanda-tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis dan tumbesaran lewat.

Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi yang dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.

Hipotirodisme kongenital boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan otak seperti bodoh dan cacat fizikal. Jika bayi tidak menerima rawatan segera, kecacatan itu akan kekal.

Apakah postpartum tiroiditis?

Ini ialah inflamasi tiroid yang akan berlaku selepas wanita melahirkan anak. Biasanya ia berlaku di antara dua dan enam bulan selepas bersalin. Keadaan ini wujud selepas wanita melahirkan anak yang mana antibodi terhasil secara berlebihan.

Antibodi ini akan menyebabkan kerosakan pada kelenjar tiroid. Ia boleh dibahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pertama membabitkan lebihan hormon tiroid manakala fasa kedua pula kekurangan hormon tiroid.

Dalam sebahagian besar kes, keadaan ini akan pulih sendiri dan tidak memerlukan ubat-ubatan dan hanya perlu diawasi.

Rawatan Tiroid dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO

penyakit tiroid, thyroid minyak kelapa dara Hypothyroidism dan hipertiroidisme adalah dua keadaan utama yang mempengaruhi kelenjar tiroid. Hypothyroidism adalah gangguan mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan jumlah hormon tiroid yang mencukupi. Apabila kelenjar tiroid tidak aktif menyebabkan kadar metabolisma juga menurun. Ini menyebabkan tenaga semakin menurun dan boleh meyebabkan peningkatan berat badan. Keadaan ini menyebabkan peningkatan risiko beberapa masalah seperti obesiti, osteoporosis dan penyakit jantung.

Setiap penyakit atau masalah kesihatan yang dialami oleh seseorang dalam tempoh yang lama menyebabkan sel tidak mampu melalui proses penyembuhan semulajadi dengan segera kerana metabolisma yang kurang aktif. Minyak kelapa dara mampu mencegah masalah tiroid kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisma. Ini membolehkan peningkatan pengeluaran hormon tiroid dan megaktifkan metabolisma.

Selain itu, lemak pada minyak kelapa dara tidak menyebabkan terkumpulnya lemak dalan tubuh, sehingga meminimumkan kemungkinan kenaikan berat badan dan pembentukan selulit. Asid lemak rantaian sederhana yang terkandung didalam minyak kelapa dara mudah diserap oleh tubuh untuk ditukar dalam bentuk tenaga. Ini dapat membantu memperkuat kemampuan tubuh untuk melawan penyakit.

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

8 Tips Elak Perut Buncit



DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.