Mengapa Anda Mengalami Radang Tonsil?

Mengapa Anda Mengalami Radang Tonsil?, rawatan dengan minyak kelapa dara BioVCO SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Seperti dipaparkan dalam rancangan Medik TV, Mohd Amer Daniel, 10, berdepan masalah kegagalan fungsi tonsil, mengakibatkan kesihatannya sering terganggu.

Kanak-kanak itu yang mula berdepan masalah berkenaan sejak 2004 kerap mengalami sakit tekak dan demam selesema. Pelajarannya turut terganggu berikutan kerap mengambil cuti sakit.

Meskipun mengambil ubat seperti disarankan doktor, masalah itu tetap berulang. Sehingga awal Mac lalu, keadaan Mohd Amer semakin membimbangkan apabila kerap muntah apabila menjamah makanan.

Apabila menemui Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pakar Kuantan, Dr Srinovianti Noerdin, Mohd Amer dikesan menghidap penyakit tonsilitis yang berpunca daripada radang tonsil, malah pemeriksaan dilakukan turut mengesan jangkitan pada bahagian hidungnya.

Menurut Dr Srinovianti, memandangkan masalah sakit tekak dan demam yang kerap berulang, penyakit Mohd Amer tergolong dalam kategori recurrent tonsilitis, iaitu radang tonsil berulang.

Mohd Amer turut dikesan menghidap resdung (jangkitan pada bahagian hidung) dan kemungkinan lendir yang terhasil akibat penyakit ini menyebabkan radang dan bengkak pada tonsil.

Justeru, supaya Mohd Amer tidak lagi menderita sakit, jalan terbaik ialah membuang bahagian tonsil yang membengkak dan mempunyai radang itu, katanya.

Dr Srinovianti berkata, masalah radang tonsil boleh berlaku pada semua peringkat umur, tetapi bagi kanak-kanak, kebiasaannya radang itu tertumpu di bahagian tisu tonsil saja.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.

Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya, katanya.

Dr Srinovianti berkata, sebelum menjalani pembedahan tonsil, pesakit lazimnya diberi ubat untuk mengurangkan radang, tetapi untuk masalah tonsil yang teruk, pembedahan segera perlu dilakukan.

Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah hot tonsilektomi, katanya.

Bagi Mohd Amer, dalam usia masih mentah, atas sokongan ibu bapanya, dia akur dengan nasihat doktor dan memilih untuk menjalani pembedahan.

Pembedahan Mohd Amer bukan saja membabitkan pembuangan bahagian tonsil yang bermasalah, tetapi juga proses pencucian ruang sinus hidung.

Selepas dibius, pembedahan dimulakan dengan prosedur pembersihan ruang sinus hidung dan diteruskan dengan prosedur pembuangan tonsil bermasalah.

Namun sebelum itu, selain pembuangan tonsil, pembedahan turut membabitkan prosedur pembuangan tisu adenoid yang bermasalah di belakang hidung. Untuk melakukan prosedur ini, lelangit lembut Mohd Amer perlu dinaikkan bagi mencapai tisu berkenaan yang dikesan turut membesar kesan daripada radang tonsil.

Untuk prosedur utama, iaitu pembuangan tonsil bermasalah, ia perlu dilakukan secara berhati-hati dan pantas bagi mengelak pendarahan yang banyak.

Dengan menandakan bahagian yang hendak dipotong, prosedur pemotongan dapat dilakukan dengan mudah tanpa mencederakan bahagian tekak lain. Bermula dengan tonsil kanan, prosedur pembuangan diteruskan dengan tonsil kiri selepas salur darah diikat supaya pendarahan dapat dihentikan.

Dr Srinovianti berkata, dalam sesetengah kes, tonsil pesakit akan bernanah kesan jangkitan virus dan bakteria, tetapi tidak bagi Mohd Amer kerana radang tonsilnya hanya membabitkan tisu tonsil.

Pembedahan selesai dalam tempoh 40 minit dan dengan pembuangan dua tonsil bermasalah itu, Dr Srinovianti yakin tiada kemungkinan untuk masalah radang tonsil yang berlaku kepada Mohd Amer berulang.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

Memperkenalkan Rawatan Tonsil Yang TERBUKTI BERKESAN sejak tahun 2005

 

Mengapa Anda Mengalami Radang Tonsil? | Radang tonsil. Rawatan Tanpa ubat Sokongan Tambahan untuk Tonsil - Mengawal Berat Badan & Mengurangkan Keletihan - Menyokong Kesihatan Metabolisma - Formula semulajadi daripada 100% tumbuhan.

 
BioVCO adalah makanan berfungsi semulajadi agar anda lebih bertenaga dan mengelak daripada rasa letih dan lesu sepanjang hari.
 
FORMULA BioVCO Yang paling mujarab - Kami percaya bahawa apabila anda inginkan badan yang sihat anda perlukan bahan-bahan yang semulajadi. Ini sebabnya mengapa anda perlukan BioVCO yang akan membantu anda agar lebih bertenaga dan mengekalkan keseimbangan kesihatan.
 
LEBIH DARIPADA SUPPLEMENT BioVCO menyokong kerintangan Insulin anda dengan nutrien yang penting untuk menggalakkan metabolisma yang sihat dan mengawal berat badan. Anda juga boleh melihat faedah lain seperti kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.

Apa Kata Pengguna BioVCO Selepas Mengamalkannya Secara Kosisten

Mengapa Anda Mengalami Radang Tonsil?, rawatan dengan minyak kelapa dara BioVCO

Mengapa Anda Mengalami Radang Tonsil? | Radang tonsil. Rawatan Tanpa ubat

Mengapa Anda Mengalami Radang Tonsil?, rawatan dengan minyak kelapa dara BioVCO

Mengapa Anda Mengalami Radang Tonsil? | Radang tonsil. Rawatan Tanpa ubat

Mengapa Anda Mengalami Radang Tonsil?, rawatan dengan minyak kelapa dara BioVCO
Mengapa Anda Mengalami Radang Tonsil? | Radang tonsil. Rawatan Tanpa ubat

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2